Thursday, April 21, 2011

yeay saya ade blog

akhirnya setelah beberapa bulan blog ni wujud, hari ni dapat gak edit design ngan post entry. yeah saya berjaya. haha macm riak lak kan. 

senang je nak wat blog kan. lagi senang dari stdy inorg 3. haha. alasan org malas baca memang camtu.

ingatkan nak tengok2 template yang cute, last2 tersangkut sampai post entry. fuh macam siapkan assignment lak. seronok. tapi time nak taip entry, rasa macam wat karangan lak. terpikir2 grammar betul ke tak, ayat sedap ke tak. hehe melebih-lebih betul. 

artikel sebelum ni dah lama sebenarnya sy baca. masa tu memang dah set nak jadikan artikel tu entry 1st kalo wat blog. at last tertunai jugak hasrat di hati. bagus2. lepas ni kite stdy hubungan etnik lak ye fatimah. ops :) 

kepada semua, semoga hepi membaca. kalo rajin sy update slalo tapi kalo malas sy update jarang2. 

akhir kata, 

pecah kaca, pecah gelas 
sudah baca, harap balas. 

haha

Bismillahirrahmanirrahim

Rassulullah SAW  pernah  bersabda
"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)"...nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... 

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 
"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari" 


Huraian hadith : 

- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada) 

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT 

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2...tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT. 

Kesimpulannya : 

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari 

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah 

- Berusaha dan bertawakal...insyaAllah

- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya..... tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba. Allahhuakhbar. . 

- Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, di pejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja (tidak termasuk di waktu solat lima waktu)

Caranya : 

i- "YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin...."(Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

ii- "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman...."(Doa ini untuk orang tua kamu yang sudah meninggal dunia)


amik dari sini. wallahualam

p/s:

~ setiap manusia yg lahir kat dunia ni ada ibu dan bapa. alhamdulillah sy masih beruntung sebab umi dan walid sy masih sihat dan sy masih diberi kesempatan utk jumpe diorg. baru minggu lepas jumpe :)

~ sebagai anak, kadang2 rasa nak bagi something special kat diorg. tapi kalo nak bagi beg or umah, xde duit lak. angan nak besar je kan. hehe. so utk bagi hadiah yg paling istimewa, sy hadiahkan Al-Fatihah kat diorg.

~ Ya Allah besar sangat hikmah hadiah tu. secara fizikalnya memang tak nampak. tapi kalo difikir2 menggunakan akal yg Allah bagi ni, hadiah tu akan bantu umi n walid sy kat dunia ni n akhirat nanti. 

~ hadiah tu macam 2 in 1 gak. doakan ibu bapa secara tak langsung kita doakan diri kita sendri. insyaAllah Allah akan beri ganjaran kat kita yg xputus2 menyayangi dan mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita. 

~ so kwn2, jomla bagi hadiah kat umi n walid kita hari2 :)