Monday, June 20, 2011

walid, i love u

love = sayang

yes i love my dad. chewah. taip dalam blog senang je kan. cer sebut depan2. tersipu-sipu malu je nanti. haha. saya la tu. 

semalam saya ngan adik wat surprise card untuk walid. my little sister, syafiqah yg semangat. saya mula2 plan nak antar msg je sebab kebetulan walid takde kat umah. tapi alang2 syafiqah dah bersemangat, let's do it. hehe best gak walaupun xde bakat2 seni. sebelum ni penah plan nak wat card untuk our parents tapi asikla tak jadi. kurang idea and kurang mendapat kerjasama. wat sorang mane best kan. 

start kuarkan bahan2 since 9.30pm then sesi pembikinan card berakhir jam 2.45am. hoh lama bebenor. ni semua sebab cerekaramala. haha cerita tentang bapa so kenala amik feel dulu. tapi bagus gak siap lewat sebab our parents sampai umah dalam kul 3.00am. boleh tengok sama ada surprise menjadi or tak. hehe

tada ni kad yang terhasil. walaupun simple tapi tetap kami suke :)


ni isi kat dalam. memula ingat nak print gambar betul tapi printer wat hal pulak. so mintak adik lukis dan terhasil lukisan di bawah. jadila kan. kalo saya yang lukis, jadi orang lidi terus. hehe. untuk menjadikan kad ni lebih special, kitaorang letak cap jari. anak-anak walid yang ade kat umah jela boleh wat. yang jauh2 kita letak nama je ye. 


dah siap kad, letak atas katil. hoh nak wat surprise la katakan. akhirnya walid terharu sampai tak terkata apa2. sampai umi lak tolong say thank you. 

haha. so happy. walaupun simple je tapi harapnya walid gembira. 


to my lovely father,

HAPPY FATHER'S DAY 
(anakmu ini pemalu jadi anggapla kad itu yang berkata-kata)

Saturday, June 18, 2011

aura rajin sudah datang

ye ke rajin. ops :P

tiap kali online mesti saya nak blogwalking. dah macam ketagih je hari-hari mesti nak baca blog. lagi-lagi tengah cuti pastu bosan. kadang-kadang rasa nak keje. lesen motor takde lagi so semangat nak dapat lesen dengan duit sendiri berkobar-kobar la. tapi dek kerana nak duk umah, so hasrat nak dapat keje dengan gaji yang berguni-guni terpaksa dikuburkan. alamak termelancong kat lain lak. nak citer benda lain sebenarnya.

saya nak bagitau tentang video ni. jumpa waktu tengah belaja memasak. sebak lak bila tengok. jom layan jap



lepas tengok video ni, ada a few things yang saya fikirkan. antaranya :


- Allah uji setiap hambaNya dengan ujian yang hambaNya mampu. cuba bayangkan kalo kita kat tempat mamat korea ni. agak-agak ape jadi kat kita? macam-macam perkara boleh jadi kan. dan mamat ni dapat hadapi. kental kan jiwa die ni. juri dah menitik air mata pun muka die maintain je.  

- sedap jugak suara mamat ni. yang tengok pun senang tersentuh :) 

- next, dimana ada impian, pasti ada jalan. kita amik contoh mamat korea tu lagi ye. die tak pegi sekolah secara formal tapi die tetap amik exam. kalo saya pikir secara naif, rasa macam tak terbayangla macam mana die boleh amik exam tanpa gi sekolah. tapi Allah Maha Berkuasa. dengan kuasaNya, macam-macam perkara yang diluar fikiran kita boleh berlaku.  

- sayangila keluarga anda. hmm kesian mamat ni duk umah anak yatim sejak umur tiga tahun. pastu lari pulak. kadang-kadang sedih lak rasa sebab orang yang takde keluarga nak sangat keluarga. tapi saya yang ada parents ni kadang-kadang terikut ngan jiwa remaja. masih kategori remaja lagi kan :). pastu ngan adik-adik pun, tetibe nak melenting. padahal boleh je cool.  

ape-ape pun, sentiasala berdoa semoga kita sentiasa tabah dengan setiap dugaan dan hadapilah dengan tenang. wallahualam

"Free earphone...Lagi.."

malek, nak earphone orange boleh?

haha sesuka hati je nak mintak kan. ok to be fair and square, saya nak join contest ni. mana tahu ade rezeki. sebelum ni beli earphone selalu rosak. stress sekejap. nak mintak adik ganti, macam kejam lak kan.


kalo ikutkan hati, minat warna purple ngan biru daripada oren. kalo request tukar warna boleh tak? haha memain je ye.

alang-alang ade contest dapat jugakla update blog. nak join boleh klik sini

kesian benor teman nengok blog teman ni. tuan blog cuti, blog pun cuti. huhu not good. lepas ni nak makan vitamin R la. terus berderet entry masuk nanti.

sebelum terlupa nak say thank you to malek. untuk join contest ni, saya telah dengan rajinnya belajar camne nak letak gambar ngan link. yes saya pandai.

untuk kawan-kawan yang tengah cuti sama, marila kita memanfaatkan masa yang terbuang. belajar memasak best gak. haha pesanan ringkas untuk semua. peace yo!