Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

rezeki masing-masing

welcome back. bestnya dapat pulang ke um tercinta. tapi lagi best kalo dapat pulang ke rumah tercinta kan. over lak nak tambah cuti lagi. 

start sem baru ramai yang berkobar-kobar nak wat yang terbaik. insyaAllah, ada usaha pasti ada kejayaan. kalo bukak fb, berderet-deret status. sebelum ni sunyi sepi je macam takde penghuni, tapi sekarang laju mengalahkan komuter. 

cuti berbulan-bulan ni ada yang best dan ade gak yang tak best. yang tak bestnya bila rasa homesick. nak nangis, malu ngan rumate. so, nak mengelakkan hujan lebat, jom wat jejak kasih ngan kawan-kawan. bila kumpul ramai2, seronok sangat. macam-macam cerita kuar sampai rasa nak stay up. tapi kalo rasa2 ade kelas kene cepat2 sedar diri ye.

rezeki masing-masing. ni one of the topik yang kuar masa saya borak ngan zila ngan k. fary. biasela bila dah masuk final year, macam2 benda yang nak kene pikir. tentang stdy, praktikal, keje. saya terpikir sorang-sorang, seronoknya kawan A belaja pandai, bestnya kawan B dapat keje gaji banyak. 

hari ni lak, ada terserempak dengan senior. borak2 tanya khabar, terkeluar topik tentang praktikal sebab senior tu dah habis praktikal. saya tanya tentang gred die, A-. bestnya. kalo saya dpt A mesti lagi best. nanti boleh bantu naikkan pointer. hmm macam mana saya nanti. 

selalunye ramai yang pikir tentang kesusahan even kita belum hadapi. susahnya itu, susahnya ini. tapi, ramai tak yang pikir, setiap manusia ada rezeki masing-masing. bila kita hadapi kesusahan dalam perkara A, mungkin Allah akan bagi kesenangan bagi kita dalam perkara B. mungkin kita susah waktu kecik2 tapi senang waktu dah besar. mungkin kita susah waktu belajar tapi senang waktu keje. 

hari ni saya rasa, 'rezeki' merupakan satu perkataan yang sangat bermakna. alhamdulillah ada kawan ngan senior yang mengingatkan saya yang setiap manusia ada rezeki masing-masing. bila kita berusaha, insyaAllah rezeki ada kat mana2. tapi tak boleh gak pikir senang2 je nak rezeki tapi tak nak berusaha. Allah Maha Adil. lagi satu, bila dah dapat rezeki, kita jangan lupa untuk bersyukur. mudah-mudahan itu rahmat yang mendekatkan kita dengan Allah dan bukannya bala yang menjauhkan kita dari Allah. 

ni pun rezeki jugak. makanan :)

Wednesday, August 24, 2011

huhu malunyer

tadi saya sempat tengok slot fikrah ramadhan kat malaysia hari ini (MHI). suke nya tengok ustazah laila dengan wardina safiyya. setiap kata-kata rasa macam lembut je. bermakna pulak tu. terpegun jap kat depan tv. hari isnin lepas sempat tengok kejap je sebab kerusi empuk sangat. mata tertutup pulak. hehe

lepas tengok, rasa nak sangat share info-info yang saya dapat dengan kawan-kawan. bagi yang sama-sama berkesempatan tengok, kalo saya ada silap mungkin boleh tolong betulkan. sharing is caring kan :)

mula-mula nak bagitau kenapa saya rasa malu. rasa malu dengan diri sendiri lepas dengar tazkirah ustazah laila. rata-rata mesti pernah dengar kata-kata ni kan

serendah-rendah iman ialah membuang ranting ditengah jalan dan setinggi-tingginya 'tiada tuhan melainkan Allah' 
(maaf tak dapat nyatakan sumber sebenar ayat ni)

contoh yang ustazah laila bagi tadi, betul-betul terkena pada diri saya. minggu lepas saya berkesempatan ikut umi dengan adik-adik beli barang untuk raya. sementara umi ngan adik-adik pilih kasut, saya tengok-tengok beg. pastu ada satu beg atas lantai. bukan saya yang buat beg tu jatuh, so saya biarkan je beg tu. tapi, sebab beg tu menggangu jalan, saya tolak ke tepi. tolak je dan bukan angkat letak kat tempat asal. saya pikir nanti jurujual akan angkat. huhu. ustazah tegur sikap macam tu. sepatutnya saya dah boleh dapat pahala kalo angkat beg tu. bukan berat pun. kesian kat jurujual tu. kawan-kawan jangan buat macam saya ye. lepas ni mungkin ada yang nak shopping barang raya kan. kalo ada barang yang jatuh, angkatla. bila kita mudahkan kerja orang, insyaAllah Allah mudahkan urusan kita pulak. amin

ha bulan ramadhan belum berakhir lagi. sempat kalo kita nak rebut banyak-banyak pahala kan. lagi-lagi di penghujung ramadhan ni. lagi, kak wardina ada sebut tentang memberi salam. segan kan kalo nak bagi salam pada orang yang kita tak kenal. tapi kita jangan lupa, rasulullah sangat-sangat menganjurkan kita supaya memberi salam. ustazah laila ada kongsikan macam mana nak gandakan pahala kalo kita segan nak bagi salam pada orang yang kita tak kenal. malam ni korang pegi terawih kat surau @ masjid tak? kalo pegi bolehla praktikkan. setiap kali kita pandang orang, kita senyum walaupun kita tak kenal orang tu. tapi macam mana kalo orang tu tak balas senyuman kita? macam kerang busuk pulak. hehe. jangan risau. niatkan dalam hati, kita senyum kerana Allah dan bukan mengharap orang tu membalas senyuman kita. Allah pandang kebaikan yang kita buat tu. lagi satu, bila salam, jangan salam dengan orang-orang sebelah kita je. lepas semua dah bangun nak beredar dari surau @ masjid kalo nampak ada orang yang tengah duduk dan tak buat apa-apa lagi, kita amik kesempatan tu untuk jadi orang yang memulakan untuk salam. mana tahu, antara orang yang kita salam tu, ada yang sedang diberikan rahmat oleh Allah. mudah-mudahan kita akan dapat sekali tempias rahmat Allah tu. insyaAllah. 

alhamdulillah dapat share dua info ni. kalo ikutkan banyak lagi yang ustazah dan kak wardina kongsikan. tapi tengok je tak tulis apa-apa, cepat pulak lupa. huhu kena makan kismis banyak-banyak lepas ni. hehe. 

kawan-kawan, kutipla sebanyak mungkin rahmat Allah terutamanya di penghujung ramadhan ni. berpuasa, solat terawih ngan membaca al-quran je tak cukup. yang kecik-kecik pun penting jugak contohnya menjaga kebersihan diri dalaman dan luaran. peringatan untuk semua terutamanya bagi yang menaip ni :) peace

Thursday, April 21, 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Rassulullah SAW  pernah  bersabda
"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)"...nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... 

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 
"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari" 


Huraian hadith : 

- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada) 

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT 

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2...tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT. 

Kesimpulannya : 

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari 

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah 

- Berusaha dan bertawakal...insyaAllah

- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya..... tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba. Allahhuakhbar. . 

- Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, di pejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja (tidak termasuk di waktu solat lima waktu)

Caranya : 

i- "YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin...."(Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

ii- "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman...."(Doa ini untuk orang tua kamu yang sudah meninggal dunia)


amik dari sini. wallahualam

p/s:

~ setiap manusia yg lahir kat dunia ni ada ibu dan bapa. alhamdulillah sy masih beruntung sebab umi dan walid sy masih sihat dan sy masih diberi kesempatan utk jumpe diorg. baru minggu lepas jumpe :)

~ sebagai anak, kadang2 rasa nak bagi something special kat diorg. tapi kalo nak bagi beg or umah, xde duit lak. angan nak besar je kan. hehe. so utk bagi hadiah yg paling istimewa, sy hadiahkan Al-Fatihah kat diorg.

~ Ya Allah besar sangat hikmah hadiah tu. secara fizikalnya memang tak nampak. tapi kalo difikir2 menggunakan akal yg Allah bagi ni, hadiah tu akan bantu umi n walid sy kat dunia ni n akhirat nanti. 

~ hadiah tu macam 2 in 1 gak. doakan ibu bapa secara tak langsung kita doakan diri kita sendri. insyaAllah Allah akan beri ganjaran kat kita yg xputus2 menyayangi dan mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita. 

~ so kwn2, jomla bagi hadiah kat umi n walid kita hari2 :)