Saturday, June 18, 2011

aura rajin sudah datang

ye ke rajin. ops :P

tiap kali online mesti saya nak blogwalking. dah macam ketagih je hari-hari mesti nak baca blog. lagi-lagi tengah cuti pastu bosan. kadang-kadang rasa nak keje. lesen motor takde lagi so semangat nak dapat lesen dengan duit sendiri berkobar-kobar la. tapi dek kerana nak duk umah, so hasrat nak dapat keje dengan gaji yang berguni-guni terpaksa dikuburkan. alamak termelancong kat lain lak. nak citer benda lain sebenarnya.

saya nak bagitau tentang video ni. jumpa waktu tengah belaja memasak. sebak lak bila tengok. jom layan jap



lepas tengok video ni, ada a few things yang saya fikirkan. antaranya :


- Allah uji setiap hambaNya dengan ujian yang hambaNya mampu. cuba bayangkan kalo kita kat tempat mamat korea ni. agak-agak ape jadi kat kita? macam-macam perkara boleh jadi kan. dan mamat ni dapat hadapi. kental kan jiwa die ni. juri dah menitik air mata pun muka die maintain je.  

- sedap jugak suara mamat ni. yang tengok pun senang tersentuh :) 

- next, dimana ada impian, pasti ada jalan. kita amik contoh mamat korea tu lagi ye. die tak pegi sekolah secara formal tapi die tetap amik exam. kalo saya pikir secara naif, rasa macam tak terbayangla macam mana die boleh amik exam tanpa gi sekolah. tapi Allah Maha Berkuasa. dengan kuasaNya, macam-macam perkara yang diluar fikiran kita boleh berlaku.  

- sayangila keluarga anda. hmm kesian mamat ni duk umah anak yatim sejak umur tiga tahun. pastu lari pulak. kadang-kadang sedih lak rasa sebab orang yang takde keluarga nak sangat keluarga. tapi saya yang ada parents ni kadang-kadang terikut ngan jiwa remaja. masih kategori remaja lagi kan :). pastu ngan adik-adik pun, tetibe nak melenting. padahal boleh je cool.  

ape-ape pun, sentiasala berdoa semoga kita sentiasa tabah dengan setiap dugaan dan hadapilah dengan tenang. wallahualam

No comments:

Post a Comment