Showing posts with label keluargaku. Show all posts
Showing posts with label keluargaku. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

playground time

kalo mood kelaut, ape patut kita buat?

ada yang memilih untuk melayan perasaan. tapi, jaga-jaga jangan sampai hujan. hehe. apa kata kalo tak yah pikir perkara yang sedih tapi pikir benda yang menggembirakan hati. senyum skit :)

tadi bukak fb. rasa macam nak merehatkan minda. rehat la sangat kan. nampak adik tag gambar ni. so ape lagi, terus ade idea nak letak kat blog. 


bukan main lagi kan budak2 ni posing. rindunya zaman kecik2. bukan waktu saya kecik tapi lebih kepada waktu adik2 kecik. rasa macam diorang sangat2 comel. hehe puji adik sendri takpe kan. rindu nak dukung diorg. skrg sume dah besar2, diorg lak dukung saya. eh blh ke?

gambar ni dah lama rasanya. kalo tak silap waktu saya sek men. so anggaran dalam 5/6 tahun lepas kot. dulu saya sek asrama jauh dari rumah. boleh jumpa family kalo cuti panjang je. family nak datang melawat, hmm rasanya tak pernah. 

waktu cuti, saya suka ajak adik2 gi joging. sebenarnya bukan joging sangat pun. slow jog dari rumah ke taman permainan. tapi lagi best kalo parents nak hantarkan on the way diorg gi pasar. hehe. duk kat taman dalam sejam lebih. main buaian, gelongsor, kejar2 tak pun main buaya2. takde orang kat taman ni pagi2 so boleh main sesuka hati. 


waktu on the way balik umah, kitaorg akan singgah kedai pastu beli ais-krim oren 20sen. dulu murah lagi tapi rasanya sekarang dah naik jadi 30sen. part yang paling tak best ialah masa nak balik ni. tetibe kene jadi mak tiri. risau la bawak budak2 jalan tepi jalan raya. walaupun bukan macam highway kat kl ni tapi saya tetap takut. waktu pergi, diorg dengar cakap ok la. jalan berpimpin. jauh skit dari jalan. tapi bila balik, mula la ikut suka. time ni sila guna volume seorg guru ye. 


oh i miss those moments very much. kenangan yang saya nak kenang selamanya :)

Saturday, July 30, 2011

adikku sayang

hmm... hari-hari bukak blog (kalo sempatla) tapi tak tahu nak cerita apa. sekarang dah ada cerita, moh update laju-laju. kawan saya dah semangat so saya nak join dia jugakla. kenyit mata sikit kat cik zila :)

kali ni nak cerita pasal adik saya. siapa tak sayang adik kan. kalo baca entry saya yang awal-awal, saya ada bagitau yang saya ada ramai adik. so entry ni khusus untuk adik saya yang bernama muhammad firdaus aka aus. nakal tapi tetap ku sayang. bila senyum, manis sangat. habisla puji adik sendiri. hehe. 

petang semalam lepas solat asar saya nampak sesuatu. apa kah itu? konfius jap. 


tangan saya mula mengambil dan memegang objek itu. telek depan, telek belakang. surat apa ni? bukak isi dalamnya, kuar sekeping kad. 


ni pandangan hadapan kad. kad dari zoo ke? bila pulak dia pegi zoo? konfius



ni pulak pandangan belakang. hoho rupenya kad untuk aus dari cikgu math dia. nice nya kad tu. siap ada gambar lagi. orang lain tak boleh amik ni.

baru saya ingat. sebelum ni, boleh dikatakan setiap malam aus akan buat latihan math. saya penah jugak tanya, kenapa rajin sangat. hehe adik wat keje sekolah pun nak konfius lebih-lebih. pastu dia bagi taula kalo dia dapat siapkan latihan tu nanti cikgu dia naik kan level dia. level apa lak? hmm. katanya macam dalam cerita digimon. hmm saya angguk jela. nak tanya lebih-lebih saya tak tengok kartun tu.

tapi, sebagai bakal guru saya faham la apa yang cikgu tu buat. mesti cikgu tu nak naik kan semangat student. kalo saya tak silap, cikgu math tu cikgu praktikal. mesti semangat dia berkobar nak lahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang. ops terlebih lak. hehe

tup-tup bila nampak kad tu, saya jadi lagi kagum. wah bagusnya cikgu tu. aus bagi tahu yang dalam kelas dia just lima orang je yang dapat kad ni. aus lak satu-satunya lelaki antara lima orang tu. wah ni dah bagus. mesti lepas ni dia akan lebih semangat. tapi janganla subjek math je yang semangat. terima kasih untuk cikgu itu juga. tak sempat kenal lagi dengan cikgu tu walaupun dia satu sekolah ngan walid.

apa-apa pun, tahniah. hehe macamla adik saya baca blog ni. saya tumpang seronok dengan pencapaian dia. kalo ikutkan, dia slow sikit dalam pelajaran. tapi insyaAllah berkat usaha dan doa, dia boleh berjaya. berjaya pulak tak semestinya dengan keputusan yang straight A kan. berjaya ada dalam pelbagai bentuk. dan paling penting, jangan lupalan Yang Maha Esa :)

Friday, July 22, 2011

gembira berganda-ganda. alhamdulillah :)

kenapa gembira berganda-ganda? kene cabutan bertuah ke? hoho bukan. tapi ade la :)

semalam ada beberapa perkara yang membuatkan saya gembira. alhamdulillah. mudah-mudahan ini rahmat dari Allah untuk mendidik saya menjadi hambaNya yang bersyukur. seulas durian jangan disangka tidak mengenyangkan. ops ada yang tak setuju ke? maaf ye. saya baru dapat makan seulas durian sebab tu asik teringat. tapi gembira berganda-ganda saya semalam tiada kaitan dengan durian. melencong jap.

ha siapa tengok malaysia lawan chelsea semalam? saya tengok. tapi kejap je. tak khusyuk sangat sebab umi ajak pergi sekolah adik. ada kes keracunan jadi pelajar boleh balik. huh seronokla tak sekolah satu hari. jeles jap. hehe

korang tengok game tu kat mana? gi stadium ke? wah banyaknye duit beli tiket. belanja saya makan boleh :) 
ke korang gi kedai mamak? boleh tengok kat skrin besar kan. hmmm
atau korang duk depan tv kat rumah je? rumah mesti ada astro ni. 

rumah saya takde astro. walid dah tamatkan sebab adik leka sangat tengok kartun. so sekarang saya just tengok tv1, tv2 dan tv3. cukupla tu kan. semalam adik saya, firdaus dah tak senang duduk. dia nak tengok malaysia lawan chelsea. semangat sampai nak gi rumah jiran. tapi malangnya, walid tak bagi. saya tak tahu pun malaysia lawan. kebetulan adik saya lagi sorang, helmi suruh saya check kat internet betul ke ada game. pastu saya nampak ada link untuk tengok live streaming. saya klik kat sini. tetibe...

kuarla video game tu. gembiranya saya. bukan gembira sebab saya nak tengok game tu tapi sebab adik saya dapat tengok. takdela dia kene mengendap kat rumah jiran sebelah. haha macam sedih sangat je. dudukla tiga orang adik saya, firdaus, helmi dan suhail menonton malaysia lawan chelsea depan laptop. projector takde. tak boleh nak pasang skrin besar. hehe over benor. mulut masing-masing becok macam diorang lak jurulatih. haha


ha itula gembira saya yang pertama :) 


ada lagi ke yang menggembirakn saya? ada tapi next entry ye. hehe


untuk pasukan malaysia, tahniah!
walaupun tak dapat score gol tapi perlawanan yang hebat. best bro

Monday, June 20, 2011

walid, i love u

love = sayang

yes i love my dad. chewah. taip dalam blog senang je kan. cer sebut depan2. tersipu-sipu malu je nanti. haha. saya la tu. 

semalam saya ngan adik wat surprise card untuk walid. my little sister, syafiqah yg semangat. saya mula2 plan nak antar msg je sebab kebetulan walid takde kat umah. tapi alang2 syafiqah dah bersemangat, let's do it. hehe best gak walaupun xde bakat2 seni. sebelum ni penah plan nak wat card untuk our parents tapi asikla tak jadi. kurang idea and kurang mendapat kerjasama. wat sorang mane best kan. 

start kuarkan bahan2 since 9.30pm then sesi pembikinan card berakhir jam 2.45am. hoh lama bebenor. ni semua sebab cerekaramala. haha cerita tentang bapa so kenala amik feel dulu. tapi bagus gak siap lewat sebab our parents sampai umah dalam kul 3.00am. boleh tengok sama ada surprise menjadi or tak. hehe

tada ni kad yang terhasil. walaupun simple tapi tetap kami suke :)


ni isi kat dalam. memula ingat nak print gambar betul tapi printer wat hal pulak. so mintak adik lukis dan terhasil lukisan di bawah. jadila kan. kalo saya yang lukis, jadi orang lidi terus. hehe. untuk menjadikan kad ni lebih special, kitaorang letak cap jari. anak-anak walid yang ade kat umah jela boleh wat. yang jauh2 kita letak nama je ye. 


dah siap kad, letak atas katil. hoh nak wat surprise la katakan. akhirnya walid terharu sampai tak terkata apa2. sampai umi lak tolong say thank you. 

haha. so happy. walaupun simple je tapi harapnya walid gembira. 


to my lovely father,

HAPPY FATHER'S DAY 
(anakmu ini pemalu jadi anggapla kad itu yang berkata-kata)