Saturday, August 27, 2011

selamat hari lahir :)

alhamdulillah. semalam, 26 ogos @ 26 ramadhan genap umur saya 26 tahun. ops salah la. baru 22 tahun. muda lagi, berani la bagitau umur. cer umur 30, ada berani ke? hehe. 

saya suka nasyid hari lahir kat bawah ni. rasa nak dengar ulang2 ye.

 

nasyid ni menyedarkan saya yang hari lahir bukan hari untuk bergembira semata-mata. gembira bila ada yang wish, gembira bila ada yang bagi hadiah. tapi hari lahir juga, hari untuk saya muhasabah diri saya sepenuhnya. dah cukup ke amalan kalo tiba2 dijemput Allah? dah bertaubat ke? dah tercapai ke semua impian saya? 

muhasabah sahaja pun tak cukup. kena ada tindakan susulan. insyaAllah.

"Ya Allah, hanya padaMu hambaMu ini berserah. semoga aku sentiasa dalam redhaMu" amin.

untuk kawan-kawan yang wish semalam, terima kasih. sampai tertouching plak pagi2. saya pun sayang awak sangat2 (youknowwhoyouare) terima kasih :)
untuk kawan-kawan yang saya kenal di alam maya ni, terima kasih jugak sebab sudi jadi kawan saya. insyaAllah dengan izin Allah, ukhuwah yang terjalin pasti bermakna. 

waktu entry ni ditaip, ada kawan sekolah umi datang. dulu masa sekolah rendah rapat jugak ngan cikgu tu. lepas salam, tetibe kene soalan cepumas. bila nak merasa nasi minyak. tarik nafas panjang2, "lambat lagi". umi ada kat sebelah. malu la ai. hehe. 

semalam semua adik2 yang sekolah asrama dah balik rumah. riuh jugakla sampai saya terjerit2 kat dapur. tapi still tak cukup ahli masa berbuka. umi dengan walid ada hal kat luar, abang ngan sorang adik lak dah keje. tak dapatla diorg merasa kek hari jadi saya. ha makanan berbuka semalam saya masak bihun kuah air. haha kesian. kakak tak sempat nak rasa betul2 kuah. nasib baik adik2 tak kisah. makan jela dengan redha. tambah kicap cili sodap jugak. hehe. 

yes. suke sangat bila dapat buat kek untuk diri sendiri. walaupun simple je, tapi bermakna bila sendiri yang buat. dan paling best bila kek tu menjadi. hehe. sempat kene perli ngan adik semalam. ooo kek birthday die keras, kek kakak lembut. ops time tu kakak belum hebat la. haha. sekarang pun belum hebat lagi tapi bolehla kalo nak makan ngan family.

tara kek yang simple tapi sedap. bahan pun amik je yang ada kat dapur. balance bahan2 time rajin wat kuih. 

banyak pulak coklat rice. ni keje syafiqah (adik bongsu). topping coklat yang selekeh oleh si kakak. me la tu :P

perasan tak warna kek ni tak coklat sangat. sebab guna milo je. coklat dah habis.

hari ni dah 27 ogos @ 27 ramadhan. selamat berpuasa dan menunaikan ibadah di penghujung ramadhan ni :)

agak2 saya comel macam ni ke masa kecik2 :) 
tq malek for sharing
baby myilham pun comel. tahniah abi dan umi :)

4 comments:

Gen said...

lawa je haa..
btw, happy birthday! semoga berjaya dunia akhirat. :)

peacenownhereafter said...

hehe. terima kasih.
insyaAllah. amin :)

Cik Lemon said...

ehhh..adakah sy yg kmu perkatakan 2?? (iknowwhoiam)..sy dh trlewat bca post kmu la..xsmpat nk pau2 birthday kek kmu 2..huhu
btw..hepi befday dear~ oo makk aii..lmbat bebeno :)

peacenownhereafter said...

pandainye. sy pun sempat mkn sekeping je. xpe nnt blh wat lg. guna serbuk coklat nenek sy. hehe.
tq2. "oo makk aii" ayat ni sebut macam intonasi johan ye. hehe

Post a Comment