Wednesday, August 24, 2011

huhu malunyer

tadi saya sempat tengok slot fikrah ramadhan kat malaysia hari ini (MHI). suke nya tengok ustazah laila dengan wardina safiyya. setiap kata-kata rasa macam lembut je. bermakna pulak tu. terpegun jap kat depan tv. hari isnin lepas sempat tengok kejap je sebab kerusi empuk sangat. mata tertutup pulak. hehe

lepas tengok, rasa nak sangat share info-info yang saya dapat dengan kawan-kawan. bagi yang sama-sama berkesempatan tengok, kalo saya ada silap mungkin boleh tolong betulkan. sharing is caring kan :)

mula-mula nak bagitau kenapa saya rasa malu. rasa malu dengan diri sendiri lepas dengar tazkirah ustazah laila. rata-rata mesti pernah dengar kata-kata ni kan

serendah-rendah iman ialah membuang ranting ditengah jalan dan setinggi-tingginya 'tiada tuhan melainkan Allah' 
(maaf tak dapat nyatakan sumber sebenar ayat ni)

contoh yang ustazah laila bagi tadi, betul-betul terkena pada diri saya. minggu lepas saya berkesempatan ikut umi dengan adik-adik beli barang untuk raya. sementara umi ngan adik-adik pilih kasut, saya tengok-tengok beg. pastu ada satu beg atas lantai. bukan saya yang buat beg tu jatuh, so saya biarkan je beg tu. tapi, sebab beg tu menggangu jalan, saya tolak ke tepi. tolak je dan bukan angkat letak kat tempat asal. saya pikir nanti jurujual akan angkat. huhu. ustazah tegur sikap macam tu. sepatutnya saya dah boleh dapat pahala kalo angkat beg tu. bukan berat pun. kesian kat jurujual tu. kawan-kawan jangan buat macam saya ye. lepas ni mungkin ada yang nak shopping barang raya kan. kalo ada barang yang jatuh, angkatla. bila kita mudahkan kerja orang, insyaAllah Allah mudahkan urusan kita pulak. amin

ha bulan ramadhan belum berakhir lagi. sempat kalo kita nak rebut banyak-banyak pahala kan. lagi-lagi di penghujung ramadhan ni. lagi, kak wardina ada sebut tentang memberi salam. segan kan kalo nak bagi salam pada orang yang kita tak kenal. tapi kita jangan lupa, rasulullah sangat-sangat menganjurkan kita supaya memberi salam. ustazah laila ada kongsikan macam mana nak gandakan pahala kalo kita segan nak bagi salam pada orang yang kita tak kenal. malam ni korang pegi terawih kat surau @ masjid tak? kalo pegi bolehla praktikkan. setiap kali kita pandang orang, kita senyum walaupun kita tak kenal orang tu. tapi macam mana kalo orang tu tak balas senyuman kita? macam kerang busuk pulak. hehe. jangan risau. niatkan dalam hati, kita senyum kerana Allah dan bukan mengharap orang tu membalas senyuman kita. Allah pandang kebaikan yang kita buat tu. lagi satu, bila salam, jangan salam dengan orang-orang sebelah kita je. lepas semua dah bangun nak beredar dari surau @ masjid kalo nampak ada orang yang tengah duduk dan tak buat apa-apa lagi, kita amik kesempatan tu untuk jadi orang yang memulakan untuk salam. mana tahu, antara orang yang kita salam tu, ada yang sedang diberikan rahmat oleh Allah. mudah-mudahan kita akan dapat sekali tempias rahmat Allah tu. insyaAllah. 

alhamdulillah dapat share dua info ni. kalo ikutkan banyak lagi yang ustazah dan kak wardina kongsikan. tapi tengok je tak tulis apa-apa, cepat pulak lupa. huhu kena makan kismis banyak-banyak lepas ni. hehe. 

kawan-kawan, kutipla sebanyak mungkin rahmat Allah terutamanya di penghujung ramadhan ni. berpuasa, solat terawih ngan membaca al-quran je tak cukup. yang kecik-kecik pun penting jugak contohnya menjaga kebersihan diri dalaman dan luaran. peringatan untuk semua terutamanya bagi yang menaip ni :) peace

2 comments:

Fyza Lovato said...

semoga kita mendapat rahmat dariNYA ;)

peacenownhereafter said...

insyaAllah. terima kasih dtg jenguk :)

Post a Comment