Wednesday, March 14, 2012

buatmu teman

saya sayang kamu semua. sayang sangat dan saya harap saya sayang kalian kerana Allah. saya ada banyak kekurangan dalam diri saya. maafkan saya atas keterlanjuran sikap saya. 

dalam persahabatan ni, kadang-kadang hati mudah terusik. 

saya akui kadangkala saya cemburu. cemburu melihat kamu rapat dengan dia. saya cuba menerimanya dengan hati terbuka. tapi mungkin masih banyak yang perlu diperbaiki maka Allah memberi saya ujian ini. untuk saya memuhasabah diri.

kadangkala wujud juga rasa tersentuh. atau mungkin kata lainnya terasa dengan perbuatan atau kata-kata yang tidak kamu sengajakan. saya tahu, kamu tak maksudkannya. hanya saya yang masih belum suci hati ini dan perlu untuk lebih memuhasabah diri.

teman, saya sangat terharu. gembira dan bahagia memiliki kalian sebagai teman. suka dan duka inilah yang mewarnai hubungan kita. sungguh saya mahu terus menyayangi kalian kerana Allah. 

maafkan saya. masih banyak yang perlu untuk saya perbaiki. ingatan dan teguran sangat perlu buat kita yang bergelar insan. 

terima kasih Allah. sungguh nikmatMu sangat banyak buat hambaMu ini


No comments:

Post a Comment