Monday, July 4, 2011

baby comel :)

bulan 4 sempat taip 2 entry.
bulan 5 malas. hehe.
bulan 6 ada 3 entry.

bagus2. cik timah memang rajin. bulan 7 macam mana pulak ye. kita wait and see :)

hari ni nak taip tentang baby @ budak baru lahir. cute kan. sampai nak pegang pun saya takut. just berani sentuh sikit2 atau yang paling tak best just tengok je. 

minggu lepas umi ada cerita tentang cikgu sekolah umi yang baru bersalin. ha ni cerita hot yang memberi saya idea untuk menaip. tapi jap lagi ye. hari jumaat lepas dah berkesempatan jumpa baby tu. masa mula2 sampai baby tido je. dah nak balik baru celik mata. ayoyo besarnya bukak mata. dahla comel. nasib akak tk cubit pipi. haha mengada bahasakan diri akak. 

hari ni umi ngan walid pergi majlis akikah anak cikgu sekolah umi. baru 42 hari. umi cakap putih melepak baby tu. saya tak berkesempatan pergi. lagi umi cakap baby tu pandai layan orang borak. becok je menjawab bila orang cakap. eh jangan pikir baby jawab macam kita yang dah besar ni. maksudnya baby jawab guna bahasa dia la. haha.

petang saya ngan umi pergi melawat adik kat asrama. sebelum balik singgah rumah kawan umi jugak. kali ni melawat cucu. tapi masa jumpa baby tu dia nangis. umi kata mungkin dia nak susu. hoh terernya umi. tak sia-sia ada pengalaman 10 kali. hehe

lepas ni baby mana yang saya jumpa ya. 

ok jom sambung cerita baby first tadi. hot sangat. saya yang mendengar rasa sedih, rasa marah pun ada. apa2 pun yang penting ambil pengajaran. tiada niat untuk memburukkan sesiapa. sekadar untuk berkongsi dan mudah-mudahan ada hikmah yang boleh diambil.

kawan umi yang bersalin tu, saya namakan sebagai cikgu A. 

- cikgu A pergi ke hospital bila dah rasa sakit nak bersalin. dia dah ada 2 anak lelaki dan ni merupakan anak ketiga. sampai kat hospital, nurse check dan dia kata belum masa lagi. bukaan baru beberapa cm. nurse tu kata esok baru bersalin. cikgu A kata takpela tapi dia tak nak balik rumah semula sebab dah rasa sangat nak bersalin. 

- around 1-2 pagi cikgu A pergi jumpa nurse lagi sekali dan bagitahu yang dia rasa macam nak bersalin. nurse check dan jawapan yang sama juga. baru beberapa cm dan esok baru bersalin. nurse siap suruh pergi balik katil. cikgu A kata dia dah rasa tak larat sampai jalan nak ke katil pun kene pegang dinding. huhu kesiannya. dahla suami takde sebab kena tunggu luar.

- lepas tu cikgu A rasa macam nak buang air. dia pun ke tandas. tapi rupa-rupanya die dah nak bersalin. nak pergi kat nurse dah tak larat katanyaa. so die berserah pada Allah dan dia bersalin kat dalam tandas tanpa nurse. baby dah keluar baru jerit pnggil nurse.

- baru tahu kelam-kabut nurse tu. yang saya tak pahamnya, nurse ada 3 orang. tapi semua tido. lagi pulak, lampu wad ditutup. adoi2 kan ada orang tengah tunggu nak bersalin. kenapa tutup lampu. kalo emergency macam mana?

itulah kisahnya tentang cikgu A yang bersalin dalam tandas hospital. bukan tandas rumah ye. sampai pengarah hospital datang rumah cikgu A. 

walaupun peritnya pengalaman tu untuk cikgu A. tapi insyaAllah sebagai peringatan kepada semua nurse lain. 

kalian memilih kerjaya itu so, berkhidmatlah sepenuh hati. jangan kerana cuai, ada nyawa yang melayang. 

peringatan untuk saya juga. supaya menjadi guru yang cemerlang untuk anak bangsa :)

2 comments:

NurWahidah Abdullah said...

mak sy nurse..dia ckp org skarang keja tak macam org dulu...budak2 skrg susah nak jga...macam2 jgk wat hal...

peacenownhereafter said...

betul2. mak saya pun bgtau camtu. mak saya pengalaman 10 kali alhamdulillah dapat nurse baik. sakit pun tak terasa

Post a Comment