Sunday, July 10, 2011

malaysia hari ini

ha siapa suka tengok rancangan malaysia hari ini @ mhi kat tv3 tu? 

bagi yang suka tengok, bagus2. sebabnya korang tak tido lepas subuh. hehe. saya suka jugak tengok kalo katil tak melambai kat saya la. eh terbagi alasan plak :P

bila tengok rancangan ni, macam2 info kita boleh dapat. kadang2 ilmu tu kita belum penah dengar. kadang2 lak ada info yang kita penah dengar dan boleh menjadi peringatan buat kita yang selalu buat2 lupa. ish3 not good. meh saya share a few info yang bagi saya best. 

pernah tahu tak kewujudan website runfool? bagi siapa2 yang suka aktiviti larian memang sesuai la. dalam ni ada tip untuk berlari. bagi yang suka join pertandingan pun bagus gak. boleh check bila dan kat mana pertandingan larian. dulu waktu sekolah saya pun suka jugak. setiap tahun mesti tak nak miss join. waktu nak mulakan larian rasa nervous sangat. harap2 tak lari sebelum pengadil tembak pistol. tapi bila dah lari, boleh lupa sekeliling. fokus nak sampai kat penamat. huhu rindunya zaman sekolah. 

next info is disiplin. rata2 tahu yang disiplin penting dalam hidup. tapi ramai tak yang betul2 mempraktikkannya? info ni lebih kepada peringatan. bila dengar kak wardina sebut tentang disiplin dalam kehidupan, terus terbayang tentang aktiviti yang saya buat. duduk kat umah niat nak ringankan kerja umi. tapi bila dah lalai, tersasar jap niat tu.  tido lewat bangun pun lewat. insyaAllah akan lebih disiplin kan diri lepas ni. 

yang ketiga ialah kesan positif dari tumbuhan dan bungaan di sekeliling kita. tumbuhan menghijau, bungaan bewarna-warni sangat sejuk mata memandang. fikiran pun tenang. mengikut kata dr fadzilah kamsah, elok letak tumbuhan kat tempat kita belajar. rasa damai je. saya tak pernah buat lagi. rasa macam nak buat la kat kolej nanti. mudah-mudahan senang ilmu nak masuk. 

banyak lagi sebenarnya. tapi kalo nak tahu, kena tengok sendiri la. bagi yang tengah bercuti macam saya, memang sesuai. pengacara mhi pun best2 jugak. boleh tergelak sorang2 nanti. 

esok hari isnin. apa lagi, jangan lupa tengok ye :)

No comments:

Post a Comment