Saturday, July 30, 2011

adikku sayang

hmm... hari-hari bukak blog (kalo sempatla) tapi tak tahu nak cerita apa. sekarang dah ada cerita, moh update laju-laju. kawan saya dah semangat so saya nak join dia jugakla. kenyit mata sikit kat cik zila :)

kali ni nak cerita pasal adik saya. siapa tak sayang adik kan. kalo baca entry saya yang awal-awal, saya ada bagitau yang saya ada ramai adik. so entry ni khusus untuk adik saya yang bernama muhammad firdaus aka aus. nakal tapi tetap ku sayang. bila senyum, manis sangat. habisla puji adik sendiri. hehe. 

petang semalam lepas solat asar saya nampak sesuatu. apa kah itu? konfius jap. 


tangan saya mula mengambil dan memegang objek itu. telek depan, telek belakang. surat apa ni? bukak isi dalamnya, kuar sekeping kad. 


ni pandangan hadapan kad. kad dari zoo ke? bila pulak dia pegi zoo? konfius



ni pulak pandangan belakang. hoho rupenya kad untuk aus dari cikgu math dia. nice nya kad tu. siap ada gambar lagi. orang lain tak boleh amik ni.

baru saya ingat. sebelum ni, boleh dikatakan setiap malam aus akan buat latihan math. saya penah jugak tanya, kenapa rajin sangat. hehe adik wat keje sekolah pun nak konfius lebih-lebih. pastu dia bagi taula kalo dia dapat siapkan latihan tu nanti cikgu dia naik kan level dia. level apa lak? hmm. katanya macam dalam cerita digimon. hmm saya angguk jela. nak tanya lebih-lebih saya tak tengok kartun tu.

tapi, sebagai bakal guru saya faham la apa yang cikgu tu buat. mesti cikgu tu nak naik kan semangat student. kalo saya tak silap, cikgu math tu cikgu praktikal. mesti semangat dia berkobar nak lahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang. ops terlebih lak. hehe

tup-tup bila nampak kad tu, saya jadi lagi kagum. wah bagusnya cikgu tu. aus bagi tahu yang dalam kelas dia just lima orang je yang dapat kad ni. aus lak satu-satunya lelaki antara lima orang tu. wah ni dah bagus. mesti lepas ni dia akan lebih semangat. tapi janganla subjek math je yang semangat. terima kasih untuk cikgu itu juga. tak sempat kenal lagi dengan cikgu tu walaupun dia satu sekolah ngan walid.

apa-apa pun, tahniah. hehe macamla adik saya baca blog ni. saya tumpang seronok dengan pencapaian dia. kalo ikutkan, dia slow sikit dalam pelajaran. tapi insyaAllah berkat usaha dan doa, dia boleh berjaya. berjaya pulak tak semestinya dengan keputusan yang straight A kan. berjaya ada dalam pelbagai bentuk. dan paling penting, jangan lupalan Yang Maha Esa :)

5 comments:

mi$sUn@3iRa said...

wah..sy pon bakal guru... bijak nya cikgu tue.. guna pendekatan terbaek... guna cra digimon yg femes di kalangan bdk2..kan? awak pon bakal guru eh? std mana?

mi$sUn@3iRa said...

laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... ni tim punya blog ka? ingatkan sapa... adoiyai... punya la sopan dok komen..haha

peacenownhereafter said...

haih lambatnya perasan. hehe. panjang betul la. sopan ye? bulan ramadhan ni dah tukar mode jadi perempuan melayu terakhir :)

Gen said...

waaaahhh.. semangat betul adik tuhh.. :)

peacenownhereafter said...

semangat buat latihan math jela. kalo mintak tlg wat keje macam liat je. hehe

Post a Comment