Friday, July 22, 2011

gembira lagi ke?

ok moh sambung gembira saya yang kedua. 

sebelum ni saya ada bagitau yang saya ambik adik dari asrama kan. balik rumah je, saya terasa nak wat kek. petang sebelumnya ada tengok resepi kat sini. sebelum ni penah cuba tapi asikla tak menjadi. bila gagal sekali jangan terus putus asa ye kawan-kawan. contohnya macam kek kat bawah ni. ni percubaan yang tak menjadi. rupa ada tapi rasa. hmm lu pikirla sendiri. hehe boleh makan sebenarnya tapi kategori tak menjadi la ni. 


bahan-bahan ringkas je. cara membuat lagi la ringkas. so apa lagi, jom buat. tapi jangan abaikan tips yang diberi. jangan kacau lebih2. nampak dah sebati cukupla. resepi kat bawah ye. 

Kek coklat Kukus Hanismajid
Sumber : Duniaku

Bahan :
2 cawan tepung blue key (saya takda tepung ni. so guna tepung gandum + baking powder + soda bicarbonat)
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko vochelle (ni pun takda. tapi saya ganti dengan coklat emulco)
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara membuatnya :
Didihkan periuk pengukus terlebih dahulu.
Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar...
Kacau dengan sudip besar..kacau tangan je...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi
Bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye....
Then boleh ditapis adunan yang dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantekkkk.
Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak dan ditabur tepung
Kukus selama 40 minit.dah siap...kalo nak letak topping lagik best....

saya buat 1/2 adunan je. tak pandai lagi, kena buat sikit-sikit. kalo tak jadi bolehla habiskan sorang-sorang. hehe. saya siap bancuh adunan dalam pukul 12 malam. masukkan dalam bekas kecik-kecik dan kukus. dalam resepi bagitau 40 min kan. tapi saya buat 30 min je sebab bekas kecik. lagi satu, tudung periuk jangan lupa alas dengan kain. ni untuk pastikan wap air tak jatuh dalam adunan. nanti tak cantik. 

12.30 malam bukak tudung periuk. hasilnya membuatkan saya melompat kegirangan sekejap. kek saya menjadila. alhamdulillah. adik geleng kepala je tengok kakak excited lebih. saya letak adunan nak dekat penuh bekas. hasilnya kek membesar melebihi bekas. lepas ni kene beringat la. letak separuh je. tak boleh tamak. tapi rupanya tetap cantik. rasa pun marvelous. ops terlebih pulak. 


gambar ni diambil pagi tadi. huhu tak boleh tangkap gambar bekas ngan full kek sebab umi dah potong untuk makan sarapan pagi tadi. ni pun tinggal tiga ketul je sebab dah makan dan walid bawak bekal gi sekolah. umi kata boleh buat lagi. kek ni memang sangat-sangat disyorkan kepada orang tak pandai memasak macam saya. ringkas dan senang. rasa sedap. tekstur pun lembut. tk tipu punyer. hoho semangat mengukus meluap-luap. 


kek nak interframe lagi sekali. sebelum tangkap gambar kedua saya makan seketul. dah tinggal 2 je. sapa-sapa lapar mehla. meh tengok. hehe

hmm itulah gembira saya semalam. sikit je. apa-apa pun alhamdulillah kerana saya masih diberi nikmat ini. tak semua dapat nikmat yang sama. mungkin anda lebih gembira. everyone has their own story :)

3 comments:

NurWahidah Abdullah said...

wah...ske resepi kukus2 nh...

Gen said...

kalau ikut pengalaman sendiri la kan...kek kukus lagi senang jadi dari kek bakar...


uhuh... takda jodoh dengan oven kot..

peacenownhereafter said...

najiha : btl2. wat byk kali xmengecewakan

liyana : hehe xpe boleh cari resepi2 kukus lagi lepas ni :)

Post a Comment